Thursday, May 22, 2008

Aku makan belacan,kadang-kadang sahaja aku makan cheese

Aku terbangun lewat sekali lagi pada hari ini.
Cikgu Nurul pasti marah.
Aku bangun pada jam 9 pagi dan sejurus sahaja aku bangkit,aku menonton televisyen.
American Idol sedang disiarkan secara langung di saluran 5.
Aku menjadi amat ghairah kerana tidak sabar menanti keputusannya.
Walaupun Simon Cowell telah memberi banyak pujian kepada David Archuleta(Hadainah punya sayang),rakyat-rakyat Amerika telah memilh David Cook untuk menjadi American Idol mereka.
Syabas David C,aku amat gembira dan bangga.
Setelah menonton AI,perut aku terasa lapar.Apa lagi,aku pun memasak sepaket Maggi.
Hmm....enak sungguh.
Setelah makan,aku pun menghisap rokok sambil mendengar lagu.
Indah sungguh hari ini.
Tetapi,aku harus belajar bahasa Melayu sekejap lagi.
Peperiksaan O akan tiba dalam 4 hari lagi.
Kalau aku malas dan tidak membuat apa-apa effort,aku tak akan dapat markah yang cemerlang.
Bak perpatah,jika tidak dipecah ruyung,di mana boleh mendapat sagunya.
Baiklah,aku harus mandi kerana hari akan menjadi petang.

Selamat tinggal.

No comments: